Yakin world breaking news kali ni ialah mengenai boss "Along" dunia IMF Strauss-kahn telah dibebaskan dari penjara atas tuduhan serangan seks keatas wanita perkerja sebuah hotel di New York laporan sebuah berita antarabangsa.
ketua IMF Dominique Strauss-Kahn.(foto-reuters)
Hakim Pengadilan Tinggi New York pada Kamis memberikan pembebasan tahanan penjara dengan jaminan satu juta dolar AS kepada Ketua Dana Monitor Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn yang baru saja mengundurkan diri di tengah semasa proses perundangan keatas dakwaan kerana cubaan memperkosa seorang petugas "room services" sebuah hotel di New York.
Melalui pembebasan dengan jaminan itu, Strauss-Kahn akan menjalani penahanan rumah sementara kes serangan seksual yang dituduh kepadanya masih dalam penangguhan.Dalam masa penahanan rumah,Strauss-Kahn akan dikawal ketat oleh pihak Polis NY.
Pihak pengadilan belum menyebutkan tarikh sebutan semula kes.
Menurut laporan media AS, dalam menjalani penahanan rumah, Strauss-Kahn akan tinggal bersama isterinya, Anne Sinclair, di sebuah apartmen di kawasan Manhattan, New York, yang disewa Anne baru-baru ini.
Pembebasan diputuskan oleh hakim pengadilan tinggi di Manhattan, Michael J. Obus, berdasarkan permintaan yang dimohon pada Rabu (18/5) oleh peguam bela Strauss-Kahn.
Hakim juga mewajibkan pihak Strauss-Kahn mendeposit wang jaminan sebanyak lima juta dolar AS.
Ia menghadapi hukuman penjara 25 tahun jika terbukti melakukan kesalahan serangan seksual seperti yang didakwa para juri.-sumber berita antarabangsa-
No comments:
Post a Comment