nuffnang add

Sunday, May 15, 2011

TIGA ISTERI OSAMA BIN LADEN JADI TAHANAN

WORLD:BREAKING NEWS


Tiga Isteri Osama Jadi Tahanan.




Penulis ingin berkongsi berita dari Berita Antarabangsa,jurucakap White House Jay Carney AS menyatakan,pihak mereka mahu berjumpa dengan Isteri-isteri Osama yang pada masa ini menjadi tahanan pihak Pakistan untuk mengetahui kehidupan Osama bin Laden semenjak Osama hilang sejak tahun 2001.Isteri osama ditahan oleh Pihak Berkuasa Pakistan setelah selamat dalam serbuan anggota Komando AS di tempat persembunyian Osama di Abottabhad Pakistan pada 2 May lalu.Namun seorang kakitangan pejabat Pakistan mengatakan pertemuan pihak AS tidak dalam masa terdekat.Pakistan memberitahu akan memulangkan Isteri dan anak-anak mereka.Salah seorang isteri Osama berasal dari Yaman,manakala dua lagi berasal dari Arab Saudi.Pakar analisis mengatakan informasi dari isteri Osama boleh menjadi satu informasi yang penting untuk mengetahui kehidupan Osama selama dalam pelarian semenjak tahun 2001.

Osama semasa di Afghanistan

Salah seorang Isteri Osama memberitahu penyiasat Pakistan,beliau sudah berada di Pakistan selama 7 tahun.Sementara seorang lagi Isteri Osama mengatakan mereka berpindah ke Abottabhad Pakistan semenjak tahun 2006 iaitu setahun selepas rumah mereka siap dan tidak pernah keluar dari rumah tersebut.Sebelum pihak komando AS menyerbu rumah persembunyian Osama,kedudukan Osama tidak diketahui semenjak Osama melarikan diri dari kawasan pergunungan Tora Bora di Afghanistan apabila diserang oleh AS pada tahun 2011.Hubungan AS dan Pakistan renggang kerana Osama telah tinggal di Pakistan lebih 5 tahun tanpa dapat dikesan disebuah rumah yang hanya berjarak 5 kilometer dari Akademi Tentera Pakistan.Pemerintah Pakistan tidak menyenangi tindakan AS yang menyerbu rumah persembunyian Osama tanpa memaklumkan kepada pihak Pakistan dan menggangap tindakan AS itu melanggar kedaulatan negara Pakistan.Sementara pihak AS mempertikaikan Intelligent Pakistan yang tidak mengetahui bahawa Osama bersembunyi di Pakistan.-sumber Berita Antarabangsa-





No comments:

tweet

more yakin world popular posts