nuffnang add

Wednesday, May 4, 2011

Cara pengebumian Osama dikutuk

Cara pengebumian Osama dikutuk...Umat Islam di seluruh dunia mengutuk cara pengebumian Osama dengan membuang Jenazah ke dalam laut.Sebagai seorang Muslim kalau betul beliau sudah dibunuh oleh komando USA beliau berhak di semadikan mengikut cara Islam..Banyak tanda soal yang bermain di kepala kita adakah dengan membuat pengebumian dengan cara tersebut hanyalah untuk membuang bukti "Dispose an Evidence"...Macam-macam spekulasi yang kita dengar tentang Osama,ada yang menyatakan Osama sudah lama mati,Osama ni agen CIA dan macam-macam lagi...oklah kita baca petikan berita dari metro ini:




JAKARTA: Badan Islam utama Indonesia, semalam mengutuk pengebumian jenazah Osama bin Laden di laut, manakala kumpulan radikal negara itu berikrar akan mengadakan upacara sembahyang sebagai meratapi kematian pemimpin al-Qaeda itu di tangan tentera khas Amerika Syarikat.
Pejabat Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengeluarkan kenyataan yang tidak menyokong atau mengecam pembunuhan pengganas paling dikehendaki di dunia dan dalang di sebalik serangan 11 September ke atas AS itu. “Presiden berkata, Indonesia mempunyai semangat sama seperti negara lain dalam memerangi keganasan,” kata jurucakap Julian Pasha dalam kenyataan rasmi pertama sebagai reaksi terhadap berita kematian Osama. Majlis Ulama Indonesia (MUI), badan tertinggi Islam di negara itu mengutuk keputusan AS membuang mayat Osama di laut.

“Sebagai orang Islam apa pun profesionnya walaupun penjenayah sekali pun, upacara pengebumiannya perlu dihormati. Dia perlu disembahyang dan dikafankan dengan kain putih sebelum dikebumi di perut bumi bukan di laut,” kata pemimpin MUI, Amidhan. - AFP


No comments:

tweet

more yakin world popular posts