Bayi dua kepala satu badan :Kembar Siam lahir di China;
Bayi kembar siam Dua Kepala dan berkongsi Satu Badan ini lahir di Suinning City Central Hospital di Sichuan China pada Khamis lepas.Semasa kelahiran bayi tersebut beratnya ialah 9 pound dan setinggi 20 inci.Bayi kembar siam ini hampir berkongsi semua organ tubuh menyebabakan pihak doktor mengatakan amat mustahil untuk memisahkan mereka.Jurucakap pihak hospital mengatakan,ibu bapa bayi tersebut adalah petani.Ibu bapa bayi itu padamulanya tidak mahu memelihara bayi itu kerana bimbang nyawa bayi tersebut.
Bayi kembar siam itu dipindahkan ke Hospital di bandar Chongqing China.Seorang doktor di Hospital Suinning Dr.Pu Yao Hua,mengatakan tidak pasti kehidupan bayi itu dimasa akan datang.Ibu bapa bayi itu menyedari bentuk tubuh bayi yang tidak normal hanya selepas kelahiran bayi tersebut kerana sebelum ini semasa ujian "Ultra Sound" keadaan bayi kelihatan normal.-sumber AFP-
No comments:
Post a Comment