nuffnang add

Friday, June 10, 2011

WANITA BERTINDIK PALING BANYAK DI DUNIA SEBANYAK 6,925 TINDIK, AKHIRNYA BERKAHWIN

WORLD:WEIRD STUFF


Apa yang hendak penulis kongsikan ialah tentang wanita kelahiran Brasil Elaine Davidson yang bertindik paling banyak didunia iaitu sebanyak 6,925 tindikkan di seluruh badannya akhirnya menemui jodoh...kerana sebelum ini wanita tersebut hidup menjanda,mungkin lelakilain sebelum ini takut melihat wanita ini bertindik terlampau banyak!-ikuti berita lanjut-



Elaine Davidson dan calon suaminya Douglas Watson

Elaine Davidson, wanita yang bertindik terbanyak di dunia, mengakhiri zaman menjandanya, Rabu (8/6/2011). Wanita yang memiliki 6.925 tindikan itu mengahwini calon suaminya Douglas Watson di Pejabat Pendaftaran Sivil Edinburgh.


Wanita kelahiran Brasil itu menarik perhatian orang awam ketika dia berjalan memasuki Pejabat Pendaftaran sivil itu. Penampilannya memang agak mengagumkan. Dia memakai gaun pengantin berwarna putih dan bersulam bunga. Wajahnya yang penuh tindikan itu berwarna hijau, kuning, dan putih..

Padahal, Watson, calon suaminya, berpakaian rasmi dan sederhana. Wajahnya hanya berhias kacamata. Lelaki 60 tahun itu memimpin pengantinnya di sepanjang jalan menuju Pejabat Pendaftaran Sivil "Elaine sangat mengagumkan," puji Watson selesai saja upacara yang berlangsung selama 35 minit itu.

Pasangan ini tinggal di Edinburgh, tempat Davidson menjalankan perniagaan kedai aromaterapi yang dinamakan Tropical Rainbow.

"Orang lain hanya melmandang tindikannya sahaja, tetapi saya melihat keperibadiannya yang mengagumkan disebalik penampilannya. Kami saling mengenali antara satu sama lain sudah sekian lama," tambah Watson.

Menurut Watson,memori perkenalan mereka sejak 15 tahun lalu di sebuah kafe di Glasgow. "Kami terus serasi dan menjalinkan hubungan semenjak itu," tambahnya.

"Saya amat teruja dan kagum apabila melihat seni tindikannya terhadap orang lain. Dia wanita yang amat mengagumkan. Orang lain mungkin berfikir,apa yang dilakukannya tidak konvensional. Namun, dia  seadanya, dan orang-orang disekelilingnya amat menyayanginya kerana itu," jelasnya setelah sah sebagai suami wanita bertindik itu.

"Kalau Douglas tidak menyukai tattoo dan tindikan saya, bererti dia bukanlah jodoh saya. Saya sangat bahagia," ujar Davidson.

Ketika dinobatkan secara rasmi oleh Rekod Dunia Guinness pada tahun 2000, Davidson hanya mempunyai 462 tindikan,manakala tindikkannya yang ke-192 di antaranya ada pada wajahnya.
wanita yang pernah berkhidmat sebagai jurueawat itu kini memiliki 6.925 tindikan! termasuk lebih dari 1.500 tindikan di bahgian tubuh "sulit". Kalau dikira, semua cincin dan hiasan tindikannya seberat hampir 3 kilogram!

Menurut pembantu peribadinya, Davidson "tidak pernah melepaskan cincin dan hiasan tindikan". Ia juga mengakui bahawa keluarganya tidak menyukai tindikannya yang luar biasa itu.

Mana yg pakai subang pun dah berat,bayangkan wanita ini bertindik seberat 3 kg,entah mcm mana wanita ni membersihkan diri...-YAKIN WORLD @ 2011- 



No comments:

tweet

more yakin world popular posts